Monday, December 22, 2008

Awal Muharram Dan Tahun Baru 2009. ( Yang manakah kita ?? )




Salam…Kini ramai yang tunggu detik-detik menjelang akhir tahun 2008..ada geng plak yang sambut Hari Natal untuk yang sewaktu dengannya..

Ramai yang tidak sabar untuk sambut tahun baru 2009, ada gak yang mau sampaikan hajat..takut azam 2008 tahun ni tidak tecapai, ada gak yang tidak sabar mau tunggu detik jam 12 mau sambut tahun baru..suka tengok bunga api…colourfull..( mahal tu ). Selamat Menyambut Tahun Baru 2009..Happy-happy juga frend..tapi ingat batasnya…..





Dalam masa yang sama..ada gak yang lupa ndak lama lagi kita akan sambut Awal Muharram. ( kurang sambutan ). Bagi orang inginkan kelebihan dan kebaikkan Awal Muharram carilah.. Nilah antara bulan yang baik….Galilah ia…tuk kebaikan kita dunia dan akhirat.Semoga kita dicucuri rahmatnya . Amin.














Wednesday, December 10, 2008

Lu Fikirlah Sendiri..


Lahir…Hidup…Mati…


Inilah 3 perkataan yang sering kita teringat,terbaca,tertlihat dan terlupa…









Lahir..

Kelahiran merupakan satu peristiwa yang paling mengembirakan dalam rumahtangga pada zahirnya dan dituntut dalam Islam. Seringkali kita diberitahu dan belajar dalam buku teks sekolah yang kelahiran adalah hasil daripada percantuman antara sperma dan ovum. Dari berjuta-juta sperma yang berlumba lumba akhirnya seekor yang berjaya hidup.. Selama 9 bulan dalam kandungan ( bagi yang normal ) akhirnya lahirlah bayi yang sedang membaca blog ni.. Dengan kelahiran inilah bermulanya tanggungjawab kita sebagai seorang insan, male or female. Kita sering terlupa dan lalai..yang sebenarnya kita telah membuat perjanjian dengan Allah s.w.t untuk hidup di dunia dan patuh padanya. Kita diberi peluang untuk hidup di dunia dan antaranya adalah untuk beribadat kepadanya selain para malaikat Teingat plak kisah nenek moyang kita Nabi Adam a.s dan Hawa manusia yang pertama diturunkan ke dunia. Kisah-kisah nabi kini kurang diminati oleh masyarakat..kalu minat pun peringkat kanak-kanak sedangkan kisah-kisah beginilah yang mendekatkan kita pada yang Esa dan buatkan kita berfikir.




Hidup..

Disnilah bermulah detik yang mana seorang insan akan menghadapi pelbagai cabaran yang diberikan oleh Allah s.w.t. Biasanya kehidupan zaman kanak-kanak akan dihabiskan dengan waktu persekolahan. Pagi sekolah, petang sekolah, malam pun sekolah ( tuisyen ). Waktu inilah kita bentuk kendiri dalaman seorang kanak-kanak. Melentur buluh biar dari rebung..ada ibubapa yang ambil berat..ada yang endah tak endah..Perhatian untuk blogger yang ada anak… ini semua akan dipersoalkan di akhirat..baik dan buruk.


Ketika inilah kita mengejar semua apa yang diinginkan..macam-macam yang dimahukan pendidikan yang paling tinggi, kewangan..kalu boleh gaji yang paling besar..kalu boleh 10 angka pun dimahukan, kedudukkan atau pangkat yang paling tinggi..kereta yang paling besar.., semuanya kita mahu… tapi…tapi…ada antara kita yang sampai alpha..terlupa…, untuk yang sedar dan beringat..Alhamdulliah.. tuk yang alpha sedarlah..lum tlbt lagi.. ada yg mengejar semua ni lupa tanggungjawab…Teutama tanggungjawab kita pada yang Esa… tidak pernah bersyukur dengan pa yang ada…Solat pun susah yg hanya amik masa yang pendek…Masuk Syurga pulak..mahu…hehehe ramai org begini sekarang… Solat, Puasa, Besyukur,tanggungjawab semua di lupa tapi syurga mahu plak…tau plak ndak mahu masuk neraka Jahanam.. Sedarlah….

Mati..

Perkataan inilah yang ramai orang tidak suka dengar..sebut.., alasannya takut, ndak bagus didengar..hehehe.nilah kita..hidup mahu..mati tidak mahu plak.. Ingatlah..semua yang hidup akan mati..tidak ada yang akan kekal..kecuali yang Allah s.w.t bila sampai masanya. Kita takut kalu dengar pasal mayat..pasal kubur…walhal kita digalakkan supaya kita sentiasa beringat…buatlah persiapan untuk akhirat..janganlah mengejar kebahagiaan di dunia sahaja.. Kita mati ni bila-bila saja…tidak boleh sudah bertaubat…nilah masanya…..Ingatlah ahli neraka yang paling ramai dari golongan female (tolong betulkan kalu salah ) sedangkan merekalah yang senang masuk Syurga al Firdaus..Sedarlah…


Kepada blogger yang baca entry ini…, ini bukan entry Pendidikan Islam tapi just untuk renungan untuk diri sendiri dan di kongsi bersama.. yang baik datang dari Allah s.w.t yang lemah dari diri saya sendiri…. Semoga kita dimasukkan dikalangan golongan beriman..Amin…

Tuesday, December 9, 2008

Welcome......

 

Cocos nucifera © 2008. Template By: SkinCorner